Sunday, February 7, 2010

PIC Lessons

Penggunaan PIC microcontroller dikalangan pelajar-pelajar FKE UiTm sekarang semakin bertambah. Ramai pelajar yang meminta untuk diadakan kelas PIC bagi membolehkan mereka menyiapkan Final Year Project dengan baik. Kini IRC telah membuat pakej mudah dan murah untuk mereka yang tiada masa mempelajari diluar. Pakej ini merangkumi pembuatan hardware dan software. Pelajar perlu memateri sendiri berdasarkan schematic yang diberi. Dengan kata lain, pelajar akan mempelajari PIC daripada asas (learn from scratch).

Untuk peringkat permulaan, kami akan tawarkan pakej-pakej hardware. Tujuan pakej ini adalah untuk memudahkan sesi kelas PIC memandangkan kursus-kursus PIC yang diadakan sebelum ini di FKE sering mengalami masalah kekurangan barang-barang untuk diajar. Dengan adanya pakej ini, pembelajaran PIC tidak akan tamat di kursus sahaja, malah pelajar boleh mempelajari sendiri di rumah.

Terdapat kelebihan PIC board yang kami design ini dimana pelajar boleh menggunakan USB voltage supply (5V), untuk menjadi voltage supply ke board ini. Dengan kata lain pelajar tidak perlu mencari external supply (adaptor/bateri) untuk memberi supply ke board ini. Walaubagaimanapun USB supply voltage ini hanya sesuai untuk load yang tidak menggunakan current yang tinggi. Jika pelajar ingin mengawal load yang mempunyai current yang tinggi, pelajar perlu menggunakan external supply. Bagi pakej yang disediakan ini, USB voltage supply boleh digunakan dan ianya sudah pun diuji dengan baik.

Pakej penuh (PIC Board + Control Panel + Cytron USB Programmer)

PIC Board

Control Panel Board

Pakej yang dijual (hadapan)

Pakej yang dijual (belakang)

PIC16F877A dengan label


Harga untuk setiap pakej tersebut adalah seperti berikut:
1. PIC Board (PIC tidak termasuk) - RM17.50
2. Control Panel Board (termasuk LCD 16x2) - RM33.70
3. PIC16F877 dengan label - RM21.00
4. Cytron USB Programmer - RM55.00

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pakej ini boleh hubungi IDRIS 019-2619140

Monday, January 4, 2010

MURoC 2010 (Ep. 2)

Alhamdulillah selesai sudah MURoC 2010. Bertolak jam 11.00 pagi 31 Disember 2009 dan pulang jam 11.00 malam 3 Januari 2010. Semuanya berjalan dengan lancar dan selamat di Perlis.

Kelab Rekacipta dan Robotic (IRC) telah menghantar 2 team (Fire Fighting Robot dan Paintball Robot) untuk mewakili FKE dan UiTM dalam pertandingan MURoC 2010. Berikut adalah keputusan Pertandingan:

Paintball Robot
> 1st Place: UPM
> 2nd Place: UiTM FKE (IRC)
> 3rd Place: UiTM FKM
> Best Design: UPM
> Special Award: UiTM FKE (IRC)

Fire Fighting Robot
> 1st Place: UiTM FKE (IRC)
> 2nd Place: UPM
> 3rd Place: UPSI
> Best Design: UiTM FKE (IRC)
> Special Award: UPM

Rope Climbing Robot
> 1st Place: UPM
> 2nd Place: Politeknik Shah Alam
> 3rd Place: UIAM
> Best Design: UPM
> Special Award: Politeknik Shah Alam

Tahniah untuk ahli-ahli IRC ^_^

Gambar bersama Timbalan Dekan Dr Hadzli sebelum bertolak ke Perlis

Baru bertolak, jam 11.00 pagi

2 jam kemudian...

Paintball Robot Team

Fire Fighting Robot Team

Team-team yang memenangi anugerah MURoC 2010