Sunday, December 14, 2008

Smart Car 2009 Competition

Pertandingan Smart Car anjuran Freescale dan IEEE telah dilangsungkan pada 13 Disember 2008 di SIRIM Shah Alam. Sebanyak 10 Universiti yang terlibat dan 26 peserta yang memasuki pertandingan tersebut. Syaratnya ringkas iaitu dengan memastikan kereta permainan peserta mengikuti garisan hitam secara automatik dengan kata lain ianya tidak boleh dikawal oleh peserta. Kereta tersebut perlu bijak mengesan garisan hitam dan mengikutinya tanpa terkeluar daripada landasan (white lane).

Pertandingan ini dijalankan melalui 2 peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat saringan dimana hanya 10 peserta yang mencatat masa terpantas akan layak untuk pergi ke peringkat seterusnya. Peringkat kedua adalah final, tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan pada peringkat final.

Kelab Rekacipta dan Robotik telah menghantar 3 penyertaan. Untuk peringkat pertama hanya 6 peserta sahaja yang berjaya menghabiskan track dan peserta IRC adalah salah satu daripadanya. Jadi peserta yang pergi ke final hanya 6. Di peringkat final, peserta IRC telah mencatat masa ke-3 terpantas yang didahului oleh peserta daripada UMS dan UTM. Tahniah untuk peserta IRC. ;)

Smart Cars daripada peserta IRC (dari kiri, Team A, Team B, Team C)

Gambar kenangan bersama Dekan FKE, penasihat dan peserta IRC

Saturday, November 15, 2008

Organization Chart

Click at Image to see Full Size.