Monday, November 16, 2009

IID 2010

IID adalah singkatan bagi "Invention, Innovation and Design" dimana ia adalah salah satu inisiatif UiTM untuk meningkatkan usaha terhadap kajian-kajian baru tidak kira ianya dilakukan oleh staf mahupun pelajar. IID2010 adalah IID kali ke-7 yang akan dilangsungkan di Dewan Sri Budiman pada 12 - 14 Januari 2010. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan:
1. Kategori A: Invention - bagi peserta yang mencipta produk atau prototaip.
2. Kategori B: Innovation - bagi peserta yang mempertandingkan idea, konsep, sistem, proses, teknik dan software program.
3. Kategori C: Design - bagi peserta yang membuat visual, kerja seni, muzik dan filem pendek.
4. Poster Terbaik.
5. Presentation Terbaik.


Peserta juga dibahagikan kepada 2 kategori iaitu staf dan pelajar. Oleh yang demikian, Kelab Rekacipta dan Robotic (IRC) telah menghantar sebanyak 4 penyertaan. Tajuk-tajuk projek yang dipertandingkan adalah:
> Omnidirectional Mobile Robot.
> PIC - Fuzzy Line Tracking Control Robot.
> Line Tracer Robot (Wall Detector).
> Intelligent Washing Machine.

Anugerah yang disediakan adalah:
- Pingat Diamond (RM3000), Gold, Silver, Bronze untuk peserta daripada staf.
- Pingat Diamond (RM1500), Gold, Silver, Bronze untuk peserta daripada pelajar.
- Terbaik keseluruhan (RM5000).
- Pingat dan sijil untuk Poster Terbaik.
- Pingat dan sijil untuk Presentation Terbaik.