Showing posts with label Achievements. Show all posts
Showing posts with label Achievements. Show all posts

Monday, January 4, 2010

MURoC 2010 (Ep. 2)

Alhamdulillah selesai sudah MURoC 2010. Bertolak jam 11.00 pagi 31 Disember 2009 dan pulang jam 11.00 malam 3 Januari 2010. Semuanya berjalan dengan lancar dan selamat di Perlis.

Kelab Rekacipta dan Robotic (IRC) telah menghantar 2 team (Fire Fighting Robot dan Paintball Robot) untuk mewakili FKE dan UiTM dalam pertandingan MURoC 2010. Berikut adalah keputusan Pertandingan:

Paintball Robot
> 1st Place: UPM
> 2nd Place: UiTM FKE (IRC)
> 3rd Place: UiTM FKM
> Best Design: UPM
> Special Award: UiTM FKE (IRC)

Fire Fighting Robot
> 1st Place: UiTM FKE (IRC)
> 2nd Place: UPM
> 3rd Place: UPSI
> Best Design: UiTM FKE (IRC)
> Special Award: UPM

Rope Climbing Robot
> 1st Place: UPM
> 2nd Place: Politeknik Shah Alam
> 3rd Place: UIAM
> Best Design: UPM
> Special Award: Politeknik Shah Alam

Tahniah untuk ahli-ahli IRC ^_^

Gambar bersama Timbalan Dekan Dr Hadzli sebelum bertolak ke Perlis

Baru bertolak, jam 11.00 pagi

2 jam kemudian...

Paintball Robot Team

Fire Fighting Robot Team

Team-team yang memenangi anugerah MURoC 2010

Wednesday, December 2, 2009

IID FKE 2010

IID FKE 2010 adalah salah satu aktiviti fakulti yang bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta-peserta IID 2010 membuat persiapan lengkap bagi menghadapi IID di peringkat UiTM. Memandangkan peserta IID kebanyakannya daripada FKE, jadi kualiti produk atau kajian perlu dikekalkan dari masa ke semasa.

Kelab Rekacipta dan Robotik telah menghantar 4 penyertaan dalam IID FKE 2010 dalam kategori A iaitu 'Invention'. Berikut adalah keputusan IID FKE 2010:
> Omnidirectional Mobile Robot - SILVER AWARD
> PIC - Fuzzy Line Tracking Control Robot - GOLD AWARD
> Line Tracer Robot (Wall Detector) - SILVER AWARD
> Intelligent Washing Machine - BRONZE AWARD

Sunday, December 14, 2008

Smart Car 2009 Competition

Pertandingan Smart Car anjuran Freescale dan IEEE telah dilangsungkan pada 13 Disember 2008 di SIRIM Shah Alam. Sebanyak 10 Universiti yang terlibat dan 26 peserta yang memasuki pertandingan tersebut. Syaratnya ringkas iaitu dengan memastikan kereta permainan peserta mengikuti garisan hitam secara automatik dengan kata lain ianya tidak boleh dikawal oleh peserta. Kereta tersebut perlu bijak mengesan garisan hitam dan mengikutinya tanpa terkeluar daripada landasan (white lane).

Pertandingan ini dijalankan melalui 2 peringkat. Peringkat pertama adalah peringkat saringan dimana hanya 10 peserta yang mencatat masa terpantas akan layak untuk pergi ke peringkat seterusnya. Peringkat kedua adalah final, tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan pada peringkat final.

Kelab Rekacipta dan Robotik telah menghantar 3 penyertaan. Untuk peringkat pertama hanya 6 peserta sahaja yang berjaya menghabiskan track dan peserta IRC adalah salah satu daripadanya. Jadi peserta yang pergi ke final hanya 6. Di peringkat final, peserta IRC telah mencatat masa ke-3 terpantas yang didahului oleh peserta daripada UMS dan UTM. Tahniah untuk peserta IRC. ;)

Smart Cars daripada peserta IRC (dari kiri, Team A, Team B, Team C)

Gambar kenangan bersama Dekan FKE, penasihat dan peserta IRC